Selamat Hari Kebangsaan ke -49
Hari ini, pada 31 haribulan Ogos.. negara kita Malaysia merayakan Hari Kebangsaan yang ke 49. Saya mengambil kesempatan ini untuk menulis dalam Bahasa Malaysia sempena Hari Kebangsaan. Setiap tahun menjelang Hari Kebangsaan, lagu Sudirman Arshad (1954-1992) yang bertajuk 31 Ogos 1957 akan kedengaran dan mengundang di sanubari setiap rakyat Malaysia.
Tanggal tiga puluh satu
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka!
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal tiga puluh satu
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka!
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia, negaraku merdeka!
Apa yang anda sekalian lakukan pada Hari Kebangsaan?(kepada abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, makcik-makcik, pakcik-pakcik, nenek-nenek, datuk-datuk and semua rakyat Malaysia - di mana jua anda berada ketika ini, samada di kampung halaman tersayang atau tanahair tercinta ataupun di rantau orang). Sebilangan besar rakyat Malaysia sudahpun mengibarkan Jalur Gemilang di rumah atau di tempat kerja ataupun di atas kenderaan mereka (samada kereta atau motorsikal) sejak beberapa hari yang lepas.Adakah anda bersetuju dengan saya bahawa tidur ataupun berehat di rumah pada hari yang indah ini merupakan pilihan yang bijak. Kita boleh mengambil kesempatan ini untuk bangun lewat ataupun bergoyang kaki di atas sofa sambil menikmati
Segelintir pula akan memasang TV (tekan sini and tekan sana.. ). Alamak... semua rancangan TV tempatan menayangkan rancangan yang sama - iaitu Perarakan Hari Kebangsaan ataupun National Day Parade. Mereka yang berminat boleh terus duduk di hadapan TV menikmati rancangan tersebut yang "menyeronokkan". Mereka yang tidak berminat pula boleh meneruskan agenda lain seperti memasang komputer dan pergi online ataupun keluar berjalan-jalan dan kononnya menikmati udara segar. Saya tidak akan memilih opsyen ini kerana saya tidak suka mendekati atau melawat tempat yang penuh sesak dengan manusia. Lagipun susah mencari tempat letak kereta dan perlu berhimpit-himpit dengan orang lain ketika berjalan. Sungguh menyusahkan. Lebih baik tinggal sahaja di rumah, berbaring atas sofa sambil minum segelas minuman sejuk dan menikmati penyaman udara... sambil-sambil bermain dengan anjing..Bukankah ini lebih menyeronokkan daripada berhimpit-himpit dengan homo sapien yang lain?
Mmmmm... sekiranya saya dilahirkan 30 jam lebih awal, Hari Jadi saya akan jatuh pada Hari Kebangsaan :) Bagus kan kalau hari jadi jatuh pada hari kebangsaan. Boleh menikmati banyak keistimewaan :D













































































































































