Thursday, August 31, 2006

Selamat Hari Kebangsaan ke -49

Hari ini, pada 31 haribulan Ogos.. negara kita Malaysia merayakan Hari Kebangsaan yang ke 49. Saya mengambil kesempatan ini untuk menulis dalam Bahasa Malaysia sempena Hari Kebangsaan. Setiap tahun menjelang Hari Kebangsaan, lagu Sudirman Arshad (1954-1992) yang bertajuk 31 Ogos 1957 akan kedengaran dan mengundang di sanubari setiap rakyat Malaysia.
Tanggal tiga puluh satu
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka!
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal tiga puluh satu
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka!

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia, negaraku merdeka!

Apa yang anda sekalian lakukan pada Hari Kebangsaan?(kepada abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, makcik-makcik, pakcik-pakcik, nenek-nenek, datuk-datuk and semua rakyat Malaysia - di mana jua anda berada ketika ini, samada di kampung halaman tersayang atau tanahair tercinta ataupun di rantau orang). Sebilangan besar rakyat Malaysia sudahpun mengibarkan Jalur Gemilang di rumah atau di tempat kerja ataupun di atas kenderaan mereka (samada kereta atau motorsikal) sejak beberapa hari yang lepas.

Adakah anda bersetuju dengan saya bahawa tidur ataupun berehat di rumah pada hari yang indah ini merupakan pilihan yang bijak. Kita boleh mengambil kesempatan ini untuk bangun lewat ataupun bergoyang kaki di atas sofa sambil menikmati kopi O Teh C (tapi aduhai.. janganlah menggoyang kaki terlalu kuat, kalau tak, nanti kaki ter-dislocate, susah pulak). Walaupun Hari Kebangsaan merupakan hari cuti umum, tetapi bukan semua orang dapat bercuti pada hari ini. Ada segelintir kecil masih perlu bekerja dan berkhidmat untuk negara. Remembering those days...

Segelintir pula akan memasang TV (tekan sini and tekan sana.. ). Alamak... semua rancangan TV tempatan menayangkan rancangan yang sama - iaitu Perarakan Hari Kebangsaan ataupun National Day Parade. Mereka yang berminat boleh terus duduk di hadapan TV menikmati rancangan tersebut yang "menyeronokkan". Mereka yang tidak berminat pula boleh meneruskan agenda lain seperti memasang komputer dan pergi online ataupun keluar berjalan-jalan dan kononnya menikmati udara segar. Saya tidak akan memilih opsyen ini kerana saya tidak suka mendekati atau melawat tempat yang penuh sesak dengan manusia. Lagipun susah mencari tempat letak kereta dan perlu berhimpit-himpit dengan orang lain ketika berjalan. Sungguh menyusahkan. Lebih baik tinggal sahaja di rumah, berbaring atas sofa sambil minum segelas minuman sejuk dan menikmati penyaman udara... sambil-sambil bermain dengan anjing..Bukankah ini lebih menyeronokkan daripada berhimpit-himpit dengan homo sapien yang lain?

Mmmmm... sekiranya saya dilahirkan 30 jam lebih awal, Hari Jadi saya akan jatuh pada Hari Kebangsaan :) Bagus kan kalau hari jadi jatuh pada hari kebangsaan. Boleh menikmati banyak keistimewaan :D

Selamat Hari Kebangsaan ke-49

28 comments:

Pink Cotton said...

WAHHHHHH

FIRST?????

YAHOO!!!

c a r c a r said...

MERDEKA MERDEKA!!

hebatnya... kakak tulis dlm bahasa betul.. haha, bahasa baku?

tulis lah dengan bahasa pasar! syiok nya....

Pink Cotton said...

ok..i also type in bm..get ready ar..cover ur mouth..DON LAUGH! 'x'

err...BOLEH TONTON ASTRO MAH!!...ASTRO ADA BANYAK CHANNEL OH! TAPI MALANGNYA, err...TAHUN INI, SAYA PERLU BEREHAT DI RUMAH! APA LA!! MONDAY TO FRIDAY BOLEH SAKIT..BUT MAHU SAKIT ON PUBLIC HOLIDAY.ish ish..MALANGNYA!

MAU PERGI MAKAN LAKSA FOR BREAKFAST PUN TIDAK DAPAT!..MUAHAHA..MY BM MEMANG SANGAT LAUYA!

byebye 'x'

Redsponge said...

chen chen, hee..sudah dapat tips yang kau mahu sampaikan itu.

Tanggal 2 haribulan sembilan itu hari yang istimewa, ya?

KEKEKEEKE....

Chen said...

pink cotton,
kekekke.. this pink cotton also kena infected liao :P No confetti woh.. can i throw popcorn instead? Baru saja beli popcorn :)

carcar,
Hari Kebangsaan mah.. so must write in proper Malay. Perlu tunjuk respek pada hari yang mulia ini :)

Adik kereta-kereta yang disayangi, saya akan menukir dalam bahasa pasar pada hari yang lain, ataupun bahasa rojak :P

pink cotton,
bukan semua orang melanggan ASTRO lah, hahhaha..

Wah, itu sakit buli adik hoh? memilih waktu yang salah untuk menjangkiti adik. Kesian. Mari saya marah dia. Jahat sungguh dia tu. Janganlah makan laksa waktu adik sakit. Makan bubur, okie? Sayang adik..

red sponge,
itu hari pun saya cuti, belajar dari pink cotton :P Kkakaka

rainbow angeles said...

hahahahaha!! terernye... nmacam tulis karangan saje! cukup liuliu! kakakakaakaka!

untuk makluman lokter, saya pun terpaksa berkhidmat kepada syarikat saya besok... cis! malang sekali! sebab hari ini 7 jam takde elektrik! cis bedebah! memang malang sekali! penat betul saya hari ini... *mengeluhhhh*

Chen said...

angel,
yeah loh.. sudah lama saya tak tulis karangan dalam Bahasa Melayu. hahha.. Macamlah waktu kita orang kat sekolah menengah dulu.. teringat kembali kisah lama menduduki kertas Bahasa Malaysia untuk SPM :P

kesian Angel, perlu bekerja besok hari. Kita orang bagi moral support kat Angel, okie/

*senyum*
*smile & the world will smile with you*

Anonymous said...

Merdeka Doc...
When bring boy boy go parade???

Cocka Doodle said...

Fuyoh! Doc can write in 3 languages ah? *tabik*
Ok the next post must be in Iban ok?

plink said...

Selamat Hari Kebangsaan!

mistipurple said...

wah, banyak smart semua malaysians. respek! apa language semua tau.
Selamat National Day to All of YOu. and espesially Loctor Chen!

a^ben said...

tanggal kita punya baju~
bulan lapan lima puluh tujuh~

:X

ahhahahahahah!!!! later i kena tangkap matah` ahhahaha :X

happy merdeka loktor chen` hahahha hiaw kao si` hahahah

Chen said...

SA,
Thanks. You know quite a handsome number of Malay words liao :)

zeroimpact,
oops... I never go parade woh.. cos i hate to go to places with huge crowds. Normally I watch from tv only :) So this year we watch parade together on the tube, okie? ;)

cocka,
multi lingua ah? heehehe.. I guess it is easier for me to write my next post in Hokkien than in Iban :P Akai, My Iban vocab doesn't warrant me to write a proper post :P

Chen said...

plink,
Dimana jua anda berada ketika ini, Selamat Hari Kebangsaan Plink.

mistipurple,
TQ TQ :) wan sek kan nan so we gotta know lotsa language :P

ben,
wah.. apa pasal u X-ify the beautifil 31 Ogos 1957 song?
*pengsan*
u really hiao woh..
kkakakaka...

Happy Merdeka, Ben ben :)

ah nel said...

gua dekat ofiz Merdeka now ler...lol..

LX said...

Selamat hari jadi in advance to you!

I just finished watching the National Day parade on tv.. in Kuching some more leh.. the last time it was in Kch was in 1993.. me only Primary One that time. Duii..

Redsponge said...

waiseh!!! you ppl...tsk tsk tsk...birdday tai sai? LOL!!!

Robin CHAN said...

Merdeka Merdeka Merdeka

Chen said...

ah nel,
at least... merdeka in opis is better than merdeka jobless & wandering aimlessly in the street :P
U are doing something "fruitful" :)

lynnx,
TQ TQ
in 1993.. u r in Primary One whilst I was doing my first year medical undergraduate course in university :D I watched the parade for a while on tv too :)

red sponge,
of course lah.. u think what?
kakkakaa...
anyway, that day is Saturday lah..

last time I always request not to do on call on that particular day. Few of my colleagues always kenak on call on their birthday, hahahha...

robin,
happy merdeka day :)

Anonymous said...

Happy Independence Day!

(:

Anonymous said...

happy merdeka, doktor!

ah nel said...

me more on paperwork...thre no fruit around oso after i finish my job... :P

Anonymous said...

Then what about popcorn
:P

Chen said...

kyels & may,
happy merdeka. I'm proud to be Malaysian.

ah nel,
the "fruit" is the salary loh :P

zero impact,
u want popcorn?
sure, no problem :)

ah nel said...

ohhh...i duno salary can be eaten n so nutricios...lol

Chen said...

ah nel,
cos u can use salary to buy fruits :P
and plenty of fruits...
apple, orange, mango, mangosteen, duku, rambutan, chempedak, jackfruit, chiku, durian, dragonfruit, langsat etc etc etc :P

HappySurfer said...

Hope your day was great. I watched the parade on tv and that was the first time I had a chance to see downtown Kuching. You have a historical picture there. :D

Chen said...

happysurfer,
Yeah, I didn't go out that day, just stay at home (predicting a huge crowd of homo sapiens out there.. and indeed my prediction was correct, from the info I gathered from my colleagues the next day).